BULATAN
Dimaksudkan sebagai satu gambarajah satah yang disempadan oleh satu lengkongan berterusan, yang mana sentiasa bersamaan daripada satu titik tetap yang dipanggil tengah atau pusat bulatan.
BINAAN BULATAN
A. Membina
bulatan melalui tiga titik yang diberi.
Langkah – langkahnya:
i. Satu
garis lurus dilukis yang menyambungkan A ke B dan
B ke C.
ii. Garisan
pembahagi dua sama bagi setiap garisan AB dan BC
di bina
supaya kedua-duanya bersilang di O.
iii. Dengan
menggunakan O sebagai pusat jejari dan jejari
OA,
satu
bulatan dilukis yang melalui titik A , B, dan C
seperti dalam rajah 1.
Rajah
1 Membina Bulatan Melalui Tiga Titik Yang Diberi
B. Membina
bulatan terterap dalam satu segitiga.
Langkah – langkahnya:
i. Satu
segitiga ABC dilukis.
ii. Selepas itu, kedua – dua sudut segitiga itu
dibahagikan
kepada
dua bahagian yang sama dan akan bersilang
di titik
O.
iii. Dari
O , satu garisan OP dilukis yang berserenjang kepada
mana – mana satu sisi segitiga itu.
iv.
Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejarinya OP,
satu
bulatan dilukis seperti dalam rajah 2.
Rajah
2 Membina bulatan terterap dalam satu segitiga
C. Membina
bulatan terterap luar satu segitiga.
Langkah
– langkahnya:
i. Satu segitiga ABC dilukis.
ii. Selepas itu, garisan lurus AB dipanjangkan ke
P dan garisan AC
hingga ke Q.
iii. Selepas itu sudut PBC dan sudut BCQ
dibahagikan kepada dua
bahagian yang sama dan bersilang di O.
iv. Dari O, satu garisan OR dilukis yang
berserenjang kepada sisi
BC.
v. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejarinya
OR, satu
bulatan dilukis
seperti dalam rajah 3.
Rajah
3 Membina bulatan terterap luar satu segitiga
D. Membina
bulatan terterap lilit.
Langkah –
langkahnya:
i. Satu
segitiga ABC dilukis.
ii.
Selepas itu garisan AC dan BC dibahagikan kepada dua
bahagian yang sama dan bersilang di O.
iii.
Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejarinya OA, satu
bulatan dilukis seperti dalam rajah 4.
Rajah
4 Membina bulatan terterap lilit
PEMBINAAN
LENGKUK BERTANGEN PADA DUA BULATAN
1. Lengkok Bertangen Pada Satu Bulatan.
a) Membina lengkok jejarinya r unit, yang bertangen
didalam
satu
bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan.
Langkah-langkahnya:
1.
Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
2.
Tandakan titik P di garisan bulatan dan kemudian sambungkan
OP.
3. Dengan
menggunakan O sebagai pusat dan jejari ( R - r ),
lukiskan lengkok supaya menyilang di OP pada Q.
4. Dengan
menggunakan Q sebagai pusat dan jejari r unit, lukiskan
lengkok yang dikehendaki seperti dalam rajah 5.
Rajah
5. Membina lengkok jejarinya r unit, yang bertangen didalam
satu bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan
b) Membina lengkok jejarinya r unit, yang menyentuh
sebelah
luar
bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan.
Langkah-langkahnya:
1.
Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
2.
Tandakan titik P. Sambungkan OP dan panjangkan ke A.
3. Dengan
menggunakan O sebagai pusat dan ( R + r ) sebagai
jejari, lukiskan lengkuk supaya menyilang OA pada S.
4. Dengan
menggunakan S sebagai pusat dan jejari r unit, lukiskan
bulatan yang dikehendaki.
Rajah
6. Membina lengkok jejarinya r unit,
yang menyentuh
sebelah
luar bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di
lilitan
bulatan
2. Lengkok Bertangen Pada Dua Bulatan
a) Membina lengkok diberi jejari bertangen dalam
kepada dua
bulatan
yang diberi.
Langkah-langkahnya:
1. Lukiskan
dua bulatan yang berjejari R dan r berpusat di A dan B .
2. Diberi
jejari lengkuk J.
3.
Berpusatkan dititik A, lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan
jejari
bulatan ditolak dengan jejari J.
4.
Berpusatkan di titik B, lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan
jejari
bulatan ditolak dengan jejari J supaya memotong pada titik
O.
5.
Berpusatkan dititik O, lukiskan lengkok jejarinya J supaya
menyentuh dua bulatan diberi seperti dalam rajah 7.
Rajah
7. Membina lengkok diberi jejari
bertangen dalam kepada
dua
bulatan yang diberi
b) Membina lengkok diberi jejari bertangen luar
kepada dua
bulatan
yang diberi.
Langkah –
langkahnya:
1.
Lukiskan dua bulatan yang berjejari R dan r berpusat di A dan B.
2. Diberi
jejari lengkok J.
3.
Berpusatkan dititik A lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan
jejari
bulatan ditambah dengan jejari J.
4.
Berpusatkan dititik B lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan
jejari
bulatan ditambah dengan jejari J supaya memotong pada
titik
O.
5.
Berpusatkan dititik O, lukiskan lengkok jejarinya J supaya
menyentuh dua bulatan diberi seperti dalam rajah 8.
Rajah
8. Membina lengkok diberi jejari bertangen luar kepada dua
bulatan
yang diberi
PEMBINAAN
GARISAN TANGEN
1. Garisan Bertangen Kepada Bulatan atau Lengkok.
(a)
Membina tangen melalui titik T pada lilitan bulatan.
Rajah
9. Membina tangen melalui titik T pada
lilitan bulatan
Langkah – langkahnya:
1. Lukis bulatan yang diberi pusatnya di P.
2. Tandakan titik T di lilitan bulatan.
3. Sambungkan PT dan panjangkan hingga ke R di mana
TR = TP.
4. Bahagi dua RP dan lukiskan tangen melalui titik T
pada bulatan. XY adalah
tangen
yang dikehendaki.
(b) Membina tangen pada bulatan dari titik T
Rajah
10. Membina tangen pada bulatan dari
titik T
Langkah – langkahnya:
1. Lukiskan bulatan yang diberi pusatnya di P.
2. Tandakan titik T yang diberi dan sambungkan T dan
P.
3. Bahagi dua garis TP di R.
4. Berpusatkan R dan berjejarikan RT (RT=RP),
lukiskan separuh bulatan memotong
bulatan di
X.
5. Panjangkan TX hingga ke Y. TXY ialah tangen yang
dikehendaki.
2. Garisan Bertangen Kepada Dua atau Lebih
Bulatan/Lengkok.
(a) Membina
tangen luar diberi dua bulatan yang sama.
Rajah
11. Membina tangen luar diberi dua
bulatan yang sama
Langkah – langkahnya:
1. Lukiskan dua bulatan yang diberi pada jarak yang
dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat T 1 dan T 2.
3. Pada tiap-tiap pusat, bina garis tegak supaya
memotong lilitan bulataan di titik
sentuhan
(titik tangen) M dan N. MN adalah tangen yang dikehendaki.
4. Sambungkan MN.
(b) Membina tangen dalam pada dua bulatan yang
mempunyai
jejari
sama.
*
Garis T 2 S dan TT 2 adalah selari
Rajah
12. Membina tangen dalam pada dua
bulatan yang mempunyai jejari sama.
Langkah – langkahnya:
1. Lukiskan dua bulatan pada jarak yang dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat bulatan T 1 dan T 2.
3. Bahagi dua garisan T 1 T 2 di P.
4. Bahagi dua garisan T 1 P di Q dan T 2 P di R.
5. Dengan berpusatkan Q dan R , lukis bulatan uantuk
mendapatkan titik
persilangan S dan T. Garis ST adalah tangen dalam yang dikehendaki.
(c) Membina tangen luar pada dua bulatan , mempunyai
jejari
yang
berbeza.
*
Garisan T 1 R dan T 2 S adalah selari
Rajah
13. Membina tangen luar pada dua bulatan, mempunyai jejari yang berbeza
Langkah – langkahnya:
1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari J1 dan J2
pada jarak yang dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat bulatan T 1 dan T 2 .
3. Bahagi dua garis T 1 T 2 di P.
4. Berpusatkan P dan berjejari PT 1 (PT 1 =PT 2 ),
Lukiskan bulatan atau separuh
bulatan.
5. Berpusatkan T 1 dan berjejarikan J1 – J2, ,
lukiskan bulatan yang memotong
separuh
bulatan di Q.
6. Sambungkan T 1 Q sehingga memotong bulatan besar
di R, iaitu titik tangen pada
bulatan
besar.
7. Lukiskan T 2 S selari dengan T 1 R untuk
mendapatkan titik tangen pada bulatan
kecil.
Garis RS adalah tangen yang dikehendaki.
(d) Membina tangen dalam pada dua bulatan yang
mempunyai
jejari
yang tak sama.
Rajah
14. Membina tangen dalam pada dua bulatan yang mempunyai jejari yang tak sama
Langkah – langkahnya:
1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari J1 dan J2
pada jarak yang dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat bulatan T 1 dan T 2 .
3. Bahagi dua garis T 1 T 2 di P.
4. Berpusatkan P dan berjejarikan PT 1 (PT 1 = PT 2
), lukiskan separuh bulatan.
5. Berpusaatkan T 1 dan berjejarikan J1 + J2 ,
lukiskan bulatan yang memotong
separuh
bulatan di Q.
6. Sambungkan T 1 Q. Ia memotong bulatan besar di
tangen titik R.
7. Lukiskan T 2 S selari dengan T 1 R untuk
mendapatkan titik tangen S pada
bulatan
kecil. RS adalah tangen dalam yang dikehendaki.
3. Bulatan
Bertangen kepada dua garis lurus.
(a) Membina satu bulatan bertangen kepada dua
garisan
menumpu
dan menyentuh kepada satu titik yang diberi:
Rajah
15. Membina satu bulatan bertangen
kepada dua garisan menumpu dan menyentuh kepada satu titik yang diberi
Langkah-langkahnya:
1. Binakan garisan menumpu BA dan CA, dengan titik T
pada garisan BA.
2. Bahagikan kepada dua sudut BAC.
3. Pada titik T binakan satu garis lurus bersudut
tepat supaya memotong pada titik O.
4. Berpusatkan O dan berjejarikan OT , bina satu
bulatan menyentuh ttitik T. Bulatan
ini
bertangen kepada dua garisan menumpu seperti dalam rajah 15.
(b) Membina satu bulatan bertangen kepada dua
garisan
menumpu
diberi jejari bulatan.
Rajah
16. Membina satu bulatan bertangen
kepada dua garisan menumpu diberi jejari bulatan
Langkah- langkahnya:
1. Bina garisan menumpu BA dan CA dengan jejari
bulatan J diberi.
2. Bahagi dua sama sudut BAC dengan menggunakan
jangka lukis.
3. Lukis dua lengkok di hujung garis CA dengan
jejari J yang diberi.
4. Sambungkan puncak kedua-dua lengkok supaya
memptong pada titik O.
Berpusatkan O bina bulatan yang berjejarikan J supaya menyentuh dua
garisan
menumpu seperti dalam rajah 16.
(c) Membina bulatan bertangen kepada dua garisan
menumpu
serta melalui
satu titik diberi di antaranya.
Rajah
17. Membina bulatan bertangen kepada dua
garisan menumpu serta melalui satu titik diberi di antaranya
Langkah-langkahnya:
1. Diberi ialah dua garisan menumpu serta satu titik
T di antaranya.
2. Bahagi dua sama buka sudut dua garisan menumpu
dan sambungkan titik B
kepada
titik T.
3. Dari sebarang titik pada pembahagi dua sama
sudut, lukiskan satu bulatan
pusatnya X
supaya menyentuh garis AB dan CB dan memotong pada titik Y.
Sambungkan
titik X Y.
4. Unjurkan garisan XY supaya selari melalui titik T
dan memotong pada titik O.
Berpusatkan titik O lukis bulatan supaya menyentuh titik T dan garisan
AB dan CB
seperti
dalam rajah 17.
(d) Membina satu bulatan bertangen kepada bulatan
diberi dan
dua
garisan lurus menumpu.
Rajah
18. Membina satu bulatan bertangen
kepada bulatan diberi dan dua garisan lurus menumpu
Langkah- langkahnya:
1. Diberi ialah satu bulatan betangen kepada dua
garis menumpu AB dan CB.
2. Bahagikan dua sama buka sudut garisan menumpu
supaya memotong pada titik
U dan Y,
sambungkan TU. Melalui titik T bina garis bersudut tepat supaya
memotong
pada titik O, sambungkan TO.
3. Lukiskan XY selari dengan TU dan XZ selaari
dengan TO.
4. Berpusatkan titik Z lukis bulatan jejarinya ZY
supaya menyentuh bulatan diberi
dan dua
garis lurus menumpu (AB & CB) seperti dalam rajah 18.
KESIMPULAN
Lengkok adalah sebahagian daripada
bulatan. Lengkok biasanya digunakan bagi melukis komponen
kejuruteraan dimana kebanyakaan binaannya terdiri daripada garisan lurus
dan lengkok. Lengkok-lengkok yang terdapat dalam komponen ini
mungkin digunakan bagi mencantikkan bentuknya, ciri-ciri keselamatan, rekabentuk
yang diperlukan bagi penggunaan semasa dan sebagainya. Lengkok bertangen
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, lengkok bertangen didalam
bulatan dan lengkok bertangen diluar bulatan.
No comments:
Post a Comment