Definisi Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.
Tujuan?
Menjamin pencapaian objektif.
Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.
Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
- Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
- Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.
- Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
- Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
- Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
- Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
- Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
- Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
Tindakan Semasa Merancang Rancangan Pengajaran Harian
Guru pelatih mesti memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
1. Penulisan hasil pembelajaran/objektif:
-eksplisit
-tepat
-jelas
-sesuai dengan kebolehan murid
-sesuai dengan sukatan pelajaran
2. Cara Menulis Objektif Pengajaran Dalam Rancangan Pengajaran Harian RPH:
Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada 3 kriteria:
- Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur
- Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
- Hasil yang akan murid peroleh/ pencapaian minima.
Contoh 1 :
Pada akhir pelajaran murid dapat:
Membaca dengan kuat 1 petikan ‘Menunggu Kelahiran’ dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu.
A – Audiens - murid
B – Behaviour - membaca dengan kuat
C – Content - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’
D – Degree - 1 petikandengan sebutan dan intonasi yang betul
S – Sosial - individu
Contoh 2:
Pada akhir pelajaran murid dapat:
2. Menyatakan secara lisan 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat
daripada petikan teks berdasarkan kad tugasan
dengan betul secara individu, kumpulan dan kelas.
A – Audiens - murid
B – Behaviour - menyatakan
C – Content - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’
D – Degree - 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat berdasarkan kad tugasan dengan betul.
S – Sosial - secara individu, kumpulan dan kelas.
Contoh 3 :
Pada akhir pelajaran murid dapat:
3. Membina 4 ayat mudah secara bertulis dengan
menggunakan peribahasa yang disediakan secara
individu.
A – Audiens - murid
B – Behaviour - membina ayat secara bertulis
C – Content - peribahasa yang disediakan
D – Degree - 4 ayat mudah
S – Sosial - secara individu.
Perkataan-perkataan eksplisit yang sesuai digunakan mengikut aras (objektif RPH)
Pengetahuan:
Menamakan
Menerangkan
Mentakrif
Menjelaskan
Merakamkan
Menyenaraikan
Kefahaman:
Menterjemahkan
Menyebut semula
Melukis
Mentafsir
Membincangkan
Menyatakan
Melaporkan
Aplikasi:
Mentafsir
Menggunakan
Mendemontrasi
Melukis
Menggambarkan
Melakar
Analisis:
Membezakan
Mengira
Mencerakinkan
Menganalisis
Menguji
Membandingkan
Menyesuaikan
Sintesis:
Merancang
Membentuk
Mengubah
Menyusun
Membuat laporan
Membentuk
Penilaian:
Membanding
Memilih
Menganggar
menilai
No comments:
Post a Comment