Tuesday, 30 April 2013

PANDUAN MELAKSANAKAN RANCANGAN MENGAJAR


Definisi Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

Tujuan?

Menjamin pencapaian objektif.
Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.



Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

  1. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
  2. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.
  3. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
  4. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
  5. Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
  6. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
  7. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
  8. Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.


Tindakan Semasa Merancang Rancangan Pengajaran Harian

Guru pelatih mesti memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Penulisan hasil pembelajaran/objektif:
-eksplisit
-tepat
-jelas
-sesuai dengan kebolehan murid
-sesuai dengan sukatan pelajaran

2. Cara Menulis Objektif Pengajaran Dalam Rancangan Pengajaran Harian RPH:

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada 3 kriteria:
  • Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur
  • Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
  • Hasil yang akan murid peroleh/ pencapaian minima.

Contoh 1 :

Pada akhir pelajaran murid dapat:

Membaca dengan kuat 1 petikan ‘Menunggu Kelahiran’ dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu.

A – Audiens - murid

B – Behaviour - membaca dengan kuat

C – Content - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’

D – Degree - 1 petikandengan sebutan dan intonasi yang betul

S – Sosial - individu


Contoh 2:

Pada akhir pelajaran murid dapat:

2. Menyatakan secara lisan 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat
daripada petikan teks berdasarkan kad tugasan
dengan betul secara individu, kumpulan dan kelas.

A – Audiens - murid

B – Behaviour - menyatakan

C – Content - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’

D – Degree - 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat berdasarkan kad tugasan dengan betul.

S – Sosial - secara individu, kumpulan dan kelas.


Contoh 3 :

Pada akhir pelajaran murid dapat:

3. Membina 4 ayat mudah secara bertulis dengan
menggunakan peribahasa yang disediakan secara
individu.

A – Audiens - murid

B – Behaviour - membina ayat secara bertulis

C – Content - peribahasa yang disediakan

D – Degree - 4 ayat mudah

S – Sosial - secara individu.



Perkataan-perkataan eksplisit yang sesuai digunakan mengikut aras (objektif RPH)

Pengetahuan:
Menamakan
Menerangkan
Mentakrif
Menjelaskan
Merakamkan
Menyenaraikan


Kefahaman:
Menterjemahkan
Menyebut semula
Melukis
Mentafsir
Membincangkan
Menyatakan
Melaporkan


Aplikasi:
Mentafsir
Menggunakan
Mendemontrasi
Melukis
Menggambarkan
Melakar

Analisis:
Membezakan
Mengira
Mencerakinkan
Menganalisis
Menguji
Membandingkan
Menyesuaikan

Sintesis:
Merancang
Membentuk
Mengubah
Menyusun
Membuat laporan
Membentuk

Penilaian:
Membanding
Memilih
Menganggar
menilai

Monday, 29 April 2013

PENGENALAN LUKISAN TEKNIK


PENGENALAN LUKISAN TEKNIK


Lukisan Teknik juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata laukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan
  • ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen. 
  • Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Rekabentuk Terbantu Komputer.
  • Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:-

      1. Lukisan mesin iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan
      2.     Lukisan kerja Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan



      ALATAN LUKISAN TEKNIK

      • Pensil 2B atau pensil mekanikal
      • pemadam
      • pembaris
      • Kertas lukisan jenis biasa/isogred/gred

      kertas gred
      kertas isogred
      kertas lukisan biasa
      • Papan Lukisan
      • Sesiku T

      • Jangka Lukis dan jangka tolok



      • Set sesiku







       LUKISAN ORTOGRAFIK


      PENGENALAN



      Dalam abad ke-18, bermulalah era Lukisan Kejuruteraan (LK) moden. Gespard Monge telah memperkenalkan lukisan ortografik yang digunakan sehingga kini. Namum begitu LK moden dianggap bermula pada abad yang ke-19 apabila beberapa peralatan lukisan mula digunakan seperti papan lukisan, sesiku-T, sesiku set dan alatan lukisan geometri yang lain .

      • Orto bererti lurus sudut tepat
      • Grafik bererti tulisan atau lukisan
      • Unjuran bererti memanjang
      Lukisan ortografik adalah cara melukis objek tiga dimensi (3D) menggunakan pelbagai jenis pandangan.  Jenis garisan putus-putus digunakan untuk semua bahagian yang terlindung pada sesuatu objek. Garisannya berbentuk halus putus-putus seperti yg terdapat dalam gambarajah.

      Dalam lukisan ortografik terdapat enam pandangan asas yang  boleh diunjurkan dalam enam arah ortogonal. Pandangan yang terhasil dipanggil pandangan asas.  
      Anda boleh bayangkan bahawa objek 3D diletakkan didalam kotak yang telus,
      dan pandangan dijangka berserenjang ke enam dinding kotak.

      3 Pandangan Umum
      Biasanya objek dilukis sebagai tiga pandangan umum iaitu  Pandangan Hadapan,  Pandangan Sisi dan Pandangan Pelan (atas).





      ortografik perkataan merujuk kepada sistem unjuran yang ia digunakan untuk mendapatkan lukisan pandangan pelbagai berdasarkan model kotak kaca.
      lukisan yang muncul di permukaan adalah pandangan seseorang melihat pada satah tontonan yang telus yang diletakkan berserenjang dengan garis penonton penglihatan dan objek.

      Dalam sistem ortografik, objek diletakkan dalam satu siri kedudukan (pelan atauketinggian) berbanding dengan satah tontonan. 


      Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina. Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan tersebut, bentuk pandangan diperoleh. 

      Terdapat 2 jenis lukisan ortografik  :-

      1. Pandangan sudut unjuran pertama
      2. Pandangan sudut unjuran ketiga.




      Unjuran Axonometri

      • Unjuran axonometric merupakan jenis unjuran selari, atau lebih khususnya ialah merupakan sebahagian daripada jenis unjuran ortografik. Unjuran ini digunakan untuk membuat lukisan bergambar sesuatu objek, di mana objek itu berputar di sepanjang salah satu atau lebih paksi relatif kepada satah unjuran. 
      • Ketiga-tiga arah pandangan diunjurkan secara bersudut tepat (perpendicular) bagi membentuk objek. Terdapat tiga kumpulan unjuran yang terdapat dalam unjuran axonometri  apabila objek diputarkan iaitu unjuran isometri, unjuran dimetri dan unjurantrimetri.
      • Unjuran isometri ialah unjuran yang mempunyai semua sudut sama.
      • Unjuran dimetri pula hanya terdapat dua sudut  yang sama.
      • Unjuran trimetri pula, semua sudutnya tidak sama
      • Unjuran yang paling mudah sekali apabila membuat lukisan, ialah unjuran isometri.